Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

142 Jemaah Haji Pulau Pinang Diraikan Dalam Majlis Keberangkatan

By 11 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Fakhruddin Mohd Khaderi

BAYAN LEPAS, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 142 jemaah haji dari Pulau Pinang diraikan dalam Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Pulau Pinang sebagai simbolik penghormatan dan doa buat tetamu Allah yang bakal menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci, di sini semalam.

Kehadiran Toh Puan Noora Ashikin (dua dari kiri) tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada bakal tetamu Allah yang akan berangkat menunaikan ibadah haji

Majlis penuh bermakna itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Noora Ashikin Raja Abdullah yang turut meluangkan masa menyantuni para jemaah serta ahli keluarga sebelum berlepas ke tanah suci.

Wakil Pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) Abu Bakar Baba, berkata kesemua jemaah yang terpilih telah mengikuti pelbagai kursus persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

“Kesemua jemaah telah melalui proses persiapan rapi oleh Lembaga Tabung Haji merangkumi kursus bersiri, intensif dan perdana bagi memastikan kefahaman ibadah yang jelas,” katanya yang juga merupakan Ketua Audit Dalam TH.

142 jemaah haji diraikan dalam Majlis Keberangkatan Jemaah Haji Pulau Pinang

Sementara itu, seorang jemaah dari George Town, Rashid Abdullah, 58, tidak dapat menahan rasa sebak apabila impian untuk menjejakkan kaki ke Mekah akhirnya menjadi kenyataan selepas sekian lama menunggu giliran.

“Saya amat bersyukur kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Saya berharap dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna dan pulang membawa haji yang mabrur,” katanya kepada wartawan Malaysia Aktif.

-AA-

Tinggalkan komen anda