Skip to main content
Berita TempatanSarawak

23 Petinju TBBC Bawa Harapan Sri Aman ke Pentas Negeri

By 6 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 6 Mei (MalaysiaAktif) – Seramai 23 petinju daripada Tidal Bore Boxing Club (TBBC) kini bersedia membawa cabaran Sri Aman ke peringkat negeri.

Kejohanan Tinju Bakat, Junior dan Remaja (Jemputan) Peringkat Negeri Sarawak 2026 itu berlangsung di Pentas Utama Seri Kalaka, Saratok bermula 4 Mei lepas sehingga 9 Mei ini.

Presiden TBBC Awangku Hafizi Awang Azahari berkata penyertaan kali ini menjadi platform penting dalam membina keyakinan atlet muda selain mampu mencungkil potensi petinju remaja ke tahap yang lebih tinggi.

“Anak-anak TBBC telah menjalani latihan yang konsisten dan menunjukkan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh persediaan,” katanya ketika ditemu bual oleg Malaysia Aktif, semalam.

Awangku Hafizi menegaskan kelab bukan sahaja mencari kemenangan tetapi mahu membentuk jati diri serta ketahanan mental atlet.

Penyertaan ini juga selari dengan aspirasi menjadikan daerah tersebut sebagai Sri Aman Home of Boxing.

“Kita mahu Sri Aman dikenali sebagai pusat lahirnya petinju berbakat dan kejohanan ini adalah batu loncatan untuk mereka,” katanya sambil melahirkan harapan lebih ramai atlet mampu melangkah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa hadapan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda