Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Belia Aset Negara, Tonggak Pembangunan Masa Depan

By 14 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Golongan belia memainkan peranan penting sebagai aset strategik negara dalam menjamin kelangsungan pembangunan dan kepimpinan masa hadapan.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah Mohd Zaidi Mohd Zin, berkata belia hari ini merupakan generasi berfikiran positif, berilmu dan pantas bertindak selari dengan keperluan semasa.

“Belia adalah aset paling bernilai dalam membentuk masa depan negara. Golongan muda yang aktif, berwawasan dan beriltizam tinggi mampu menjadi agen perubahan kepada agama, bangsa dan negara,” katanya ketika merasmikan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah Tahun 2026 di Dewan Al-Kindi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1, di sini semalam.

Beliau turut berharap program seumpama ini menjadi platform terbaik menyatukan belia pelbagai latar belakang bagi memperkukuh semangat perpaduan, kepimpinan, kesukarelawan dan jati diri.

Sementara itu, pelajar Tasha Damia Mohd Sharimin, 16, berkata program tersebut memberi pendedahan bermakna kepada belia sekolah.

“Program yang dirancang dan disertai golongan muda, satu anjakkan paradigma kepada kami sebagai generasi masa depan,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk senamrobik, pameran agensi kerajaan dan swasta, pertandingan liga penalti bola sepak dan bola jaring, petanque, karom serta congkak.

-RI

Tinggalkan komen anda