Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Ibu Bapa Perlu Peka, Pantau Media Sosial Anak-anak – Fahmi

By 15 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan/Naqiah Abdul Malik (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa memantau penggunaan media sosial dan peranti digital anak-anak bagi mengelakkan risiko keselamatan siber, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkat langkah itu penting mengambil kira kes penahanan 117 individu dalam operasi membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian menerusi Op Pedo 1, Op Pedo 2 dan Op Cyber Guardian baru-baru ini.

“Isu ini memberi satu peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berjaga-jaga, pastikan anak-anak tidak bermain media sosial tanpa pengawasan.

“Kita perlu tingkatkan usaha untuk jamin keselamatan mereka terutama bila kita berdepan dengan elemen-elemen jenayah seperti pedofil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyampaikan sumbangan kepada 30 orang pelajar cemerlang SPM 2025 serta RM3,000 kepada 12 buah sekolah di kawasan Parlimen tersebut sempena Sambutan Hari Guru, Sabtu ini.

Sementara itu, Alif Daniel Ahmad, 18, pelajar cemerlang yang memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM, berkata kejayaan ini diharap dapat membuka peluang yang luas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

-RI

Tinggalkan komen anda