Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

SK Puteri Ledang Nikmati Bekalan Air Bersih SAJ Selepas 70 Tahun

By 15 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Latifah Salleh/Nur Shahrina Amran

TANGKAK, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Ledang kini menikmati bekalan air bersih daripada Syarikat Air Johor (SAJ) selepas lebih 70 tahun bergantung kepada sumber air dari Gunung Ledang.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata usaha itu telah dimulakan sejak 2017 melalui kerjasama pejabat Parlimen Ledang dan Ranhill SAJ di bawah program tanggungjawab sosial korporat melalui peruntukan RM1.1 juta.

“Saya bersyukur kerana warga sekolah akhirnya dapat menikmati bekalan air bersih yang lebih selesa, selamat dan sempurna,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Bekalan Air Bersih SAJ, di sekolah berkenaan, semalam.

Turut hadir Guru Besar SK Puteri Ledang Norlizah Mohd Noor, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah Muhammad Khairul Nisak Ahmad, Pegawai Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Tangkak Ts. Muhamad Sidek Arasu Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ Muhd Subree Abd Rahman.

-RI

Tinggalkan komen anda