Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jelajah Outreach Perkukuh Kesedaran Amalan Hidup Sihat Komuniti

By 17 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Khalid Abdul Halim (Pasir Mas)

PASIR MAS, 17 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jelajah Outreach Literasi Kesihatan Diabetes Peringkat Daerah Pasir Mas berjaya mendekati komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap penyakit diabetes serta kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.

Program yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Bunut Susu itu telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dato’ Dr. Mohd Azman Yacob, dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut beliau, pendekatan turun padang melalui program outreach seperti ini amat penting bagi memberi pendedahan awal mengenai pencegahan diabetes serta kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

“Kes diabetes semakin membimbangkan dan masyarakat perlu mengambil langkah proaktif dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta gaya hidup sihat,” katanya dalam ucapan perasmian, semalam.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung termasuk saringan kesihatan percuma, pemeriksaan tekanan darah dan paras gula, kempen derma darah, kaunter perkhidmatan kerajaan serta pameran kesihatan selain berpeluang mendapatkan khidmat nasihat kesihatan secara terus daripada petugas perubatan yang bertugas.

Secara keseluruhan, program ini dilihat berjaya mencapai objektif penganjur dalam memperkasa literasi kesihatan dan mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

-AA-

Tinggalkan komen anda