Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jualan Rahmah MADANI Aidiladha Ringankan Beban Penduduk Kuala Pertang

By 17 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Bin Yusof (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 17 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan di perkarangan Masjid Al Solihin, Mukim Kuala Pertang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program tersebut mula dikunjungi orang ramai seawal jam 8 pagi dengan kehadiran penduduk dari beberapa kawasan sekitar termasuk Kampung Baru Kuala Pertang, Kampung Padang 10 dan Ladang Kuala Pertang bagi mendapatkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah berbanding pasaran semasa.

Antara barangan keperluan asas yang menjadi tumpuan utama pengunjung ialah beras, minyak masak, gula, tepung, ayam segar dan telur yang ditawarkan pada harga Rahmah, sekali gus membantu orang ramai membuat persiapan Aidiladha secara berhemah.

Seorang pengunjung, Abdullah Yusof dari Kampung Padang 10, berkata penganjuran program ini amat tepat pada masanya dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Program ini bukan sahaja memudahkan persiapan perayaan, malah membantu kami berjimat dan mengurangkan beban perbelanjaan harian keluarga,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga emas, suri rumah dan golongan belia turut memeriahkan suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat.

Penganjuran Jualan Rahmah MADANI ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, bagi meringankan beban ekonomi semasa.

-AA-

Tinggalkan komen anda