Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jualan Agro MADANI Bantu Ringankan Kos Sara Hidup

By 22 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Program Jualan Agro MADANI anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Pengkalan Hulu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat apabila menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dan hasil pertanian pada harga lebih murah berbanding pasaran.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Pengkalan Hulu, Solahuddin Mahmud, program ini bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat selain memberi peluang kepada penduduk mendapatkan bekalan segar dan berkualiti secara terus daripada pengeluar tempatan.

“Antara barangan yang dijual termasuk ayam segar, daging, telur, sayur-sayuran, beras serta produk makanan tempatan dengan harga berpatutan.

“Program itu merupakan inisiatif berterusan dalam menyokong agenda keterjaminan makanan serta membantu meningkatkan pendapatan golongan peladang dan usahawan tani tempatan.

“Melalui program seperti ini, masyarakat bukan sahaja dapat menikmati harga lebih rendah, malah dapat menyokong produk keluaran tempatan yang berkualiti,” katanya ketika ditemui di Perkarangan Kedai PPK Pengkalan Hulu, di sini semalam.

Tambahnya lagi, program ini diadakan sebagai persiapan awal masyarakat menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan pihaknya bercadang meneruskan jualan tersebut secara berkala pada masa akan datang.

Penduduk yang hadir turut menyambut baik penganjuran program itu dan berharap lebih banyak jualan seumpamanya dapat diadakan bagi membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan harian pada harga mampu milik.

-AA-

Tinggalkan komen anda