
Laporan/foto: Mohd Sabri Sailus (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Kesedaran masyarakat untuk menderma darah secara berterusan amat penting bagi memastikan bekalan di hospital sentiasa mencukupi.
Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran dan Informatik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts. Dr. Leau Yu Beng berkata penganjuran program derma darah mampu meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap keperluan bekalan tersebut.
“Saya amat berbangga dengan semangat kesukarelawanan pelajar UMS khususnya Fakulti Komputeran dan Informatik,” katanya ketika Program Bloodline di Kafe Kolej Kediaman Tun Pangiran Ahmad Raffae (KKTPAR), di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Program Bloodline 2026, Muhammad Zuhair Z. Aznie berkata program tersebut menjadi platform menggalakkan lebih ramai individu tampil sebagai penderma sukarela.
“Tanpa kita sedari, setiap pendermaan darah mampu membantu menyelamatkan beberapa nyawa pesakit yang memerlukan rawatan segera,” katanya.
Program anjuran dengan kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II itu berjaya mengumpul 33 beg darah.
-RJ-





