Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lelaki Khayal Dadah Ditahan Di Jalan Boyan

By 13 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah

MUKAH, 13 Mei (MalaysiaAktif) – Polis menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penagihan dadah di Jalan Boyan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Mohamad Rizal Alias berkata suspek ditahan sebuah berek lama tidak berpenghuni, lokasi dia kerap melakukan jenayah tersebut.

“Susupek dipercayai khayal akibat pengaruh dadah ketika ditahan namun polis tidak menemukan sebarang bahan terlarang itu bersamanya. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Suspek kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda