Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Nat Antarabangsa ANGKASA Pengiktirafan Besar Potensi Negeri Perlis

By 4 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 4 Mei (MalaysiaAktif) – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menzahirkan keyakinan Penganjuran Nat Antarabangsa Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) merupakan satu pengiktirafan besar terhadap potensi negeri Perlis yang wajar dihargai dan diperkasakan secara berterusan.

Baginda bertitah penganjuran program berskala antarabangsa seperti ini bukan sahaja memberi impak kepada sektor pelancongan, malah berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi negeri secara menyeluruh.

“Beta berharap dalam beberapa tahun akan datang Perlis mampu muncul sebagai ‘Dubai Kedua’, iaitu pintu gerbang terbuka ke negara-negara ASEAN sebagaimana Dubai dikenali sebagai pintu masuk ke Timur Tengah,” titah Baginda, di sini semalam.

Baginda turut menzahirkan keyakinan bahawa kedudukan strategik Perlis di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand menjadi kelebihan utama untuk berkembang sebagai pusat dagang dan ekonomi serantau.

“Dengan sokongan padu daripada kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta kekuatan gerakan koperasi, Perlis berpotensi besar untuk muncul sebagai pusat inovasi dan hab pertemuan ekonomi di rantau ASEAN,” titah baginda.

Penganjuran tiga hari sehingga semalam di Agro Pelancongan Pasar Terapung Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Perlis disifatkan sebagai langkah strategik dalam membuka ruang kerjasama ekonomi rentas sempadan serta memperkukuh kedudukan negeri Perlis sebagai pemain penting dalam pembangunan ekonomi serantau.

-RI

Tinggalkan komen anda