Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pelaksanaan PKM Siri Ke-9 Didik Masyarakat Bertanggungjawab Terhadap Kebersihan

By 25 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/SWCorp Perlis

KANGAR, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Siri Ke-9 bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran dan kemudahan awam, kata Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Perlis Fadil Idris.

“Bagi meningkatkan tahap pematuhan terhadap kebersihan awam, pemeriksaan berkala terus dilaksanakan melibatkan kawasan awam serta premis perniagaan di sekitar hotspot yang dikenal pasti.

“Pada masa sama, sesi libat urus bersama peniaga dan komuniti setempat turut diperkasakan bagi menyemai budaya bertanggungjawab serta memperkukuh kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat,” menurut kenyataan Bahagian Korporat SWCorp Perlis pada Sabtu.

Pengarah SWCorp (tiga dari kanan), turut turun memantau pelaksanaan PKM.

Pelaksanaan PKM di Negeri Perlis dijalankan di sekitar Kompleks Bazar MPK, Jejawi melibatkan empat pesalah berusia antara 24 hingga 57 tahun.

Kesemua pesalah menjalankan kerja pembersihan awam selama lapan jam bermula 8 pagi hingga 5 petang sebagai sebahagian daripada hukuman dan proses pendidikan sivik kepada masyarakat.

SWCorp Perlis memaklumkan pendekatan tersebut bukan sahaja memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, malah turut membantu memupuk nilai tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.

Pelaksanaan PKM juga dilihat mampu membentuk budaya kebersihan awam yang lebih positif selaras usaha kerajaan mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan sejahtera.

-RI

Tinggalkan komen anda