Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pet Walk 2.0 Kumpul Dana RM12,500 Bantu SSPCA

By 1 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Program Pet Walk 2.0 yang berlangsung di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) berjaya mengutip dana sumbangan berjumlah RM12,500 hasil sokongan padu para peserta dan pengunjung.

Pengerusi penganjur, Ryan Jee berkata kesemua dana tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA).

“Sumbangan ini akan digunakan bagi menyokong operasi penyelamatan, rawatan perubatan serta program pemandulan haiwan yang dikendalikan oleh pihak SSPCA,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini semalam.

Beliau berkata penyertaan memberangsangkan seramai 1,052 peserta bersama 175 ekor haiwan peliharaan, di sini semalam adalah bukti kebersamaan masyarakat Sarawak terhadap nasib haiwan terbiar atau yang dizalimi.

“Program ini bukan sekadar aktiviti riadah malah menjadi platform menyemai nilai kasih sayang serta keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan.

“Acara berjalan santai itu menampilkan pelbagai spesies haiwan peliharaan termasuk anjing, kucing, arnab, ular, kura-kura, itik serta ayam,” katanya.

Seorang peserta yang hanya ingin dikenali sebagai Philovenny Pengiran menyertai program tersebut bersama dua ekor kucing kesayangannya yang digayakan dengan pakaian khas.

Beliau menyifatkan program berkenaan sebagai peluang terbaik untuk berinteraksi dengan pemilik haiwan lain di samping menyokong usaha murni pihak penganjur.

-RJ-

Tinggalkan komen anda