Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Taste, Talk & Mingle Bantu Pengusaha Katering

By 14 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Program Taste, Talk & Mingle anjuran CIDB Convention Centre Sarawak semalam membuka peluang kepada pemain industri katering tempatan memperluas jaringan perniagaan kepada pelanggan berpotensi.

Seramai enam pengusaha katering tempatan mengambil bahagian dalam program berkonsepkan food tasting dan networking itu dengan menampilkan pelbagai hidangan tradisional serta moden.

Pengusaha katering Gadzeetent Co., Muhammad Ridhwan Jabar, 38, yang turut mengambil bahagian berkata program seperti itu penting kerana berupaya mengetengahkan katerer baharu sepertinya agar lebih dikenali orang ramai.

“Saya harap lebih banyak program seumpama ini dianjurkan pada masa akan datang bagi membantu usahawan katering tempatan mengembangkan perniagaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata perniagaannya diusahakan sejak 2018 berasaskan pengalaman bapanya yang telah berkecimpung hampir 40 tahun dalam bidang sajian.

Menurut Muhammad Ridhwan, antara menu ditawarkan termasuk kari daging, ayam merah, roti kelapa serta menu korporat seperti chicken chop dan spageti.

Beliau turut menasihatkan bakal usahawan supaya sentiasa terbuka menerima kritikan serta menitikberatkan kualiti makanan demi mengekalkan kepercayaan pelanggan.

Sementara itu, pengunjung, Mustapha Imbun, 56, berkata program tersebut memudahkan orang ramai membuat pilihan katering kerana semua penyedia makanan dihimpunkan di satu lokasi.

“Biasanya kita perlu mencari satu demi satu tetapi di sini kami boleh terus merasa makanan dan mengenali perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda