Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Remaja Perlu Berpengetahuan Pastikan Teknologi Dimanfaat Secara Bijak, Selamat

By 26 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Mawarni Ismail

BAYAN LEPAS, 26 Mei (MalaysiaAktif) – Setiap pengguna Internet khususnya golongan remaja, perlu mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi bagi memastikan teknologi dimanfaatkan secara bijak serta selamat.

Pegawai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Siti Shazwana Mohamad Akhir berkata Internet membuka ruang yang luas untuk pembelajaran, komunikasi dan pembangunan diri.

“Namun, tanpa kawalan dan kesedaran yang betul, pengguna boleh terdedah kepada pelbagai risiko seperti penipuan dalam talian, penyebaran maklumat tidak sahih dan buli siber.

“Justeru, pelajar perlu sentiasa mengamalkan budaya semak sebelum sebar, menjaga privasi maklumat peribadi serta menggunakan media sosial secara berhemah agar menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat bertajuk ‘Gunakan Internet dengan Selamat’ pada Program JIWA@Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Heng Ee, di sini semalam.

Pegawai NADI Siti Shazwana Mohamad Akhir (berdiri) menekankan bahawa teknologi digital harus dimanfaatkan secara bijak dan beretika.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai ancaman siber yang semakin mencabar, termasuk penipuan dalam talian, penyebaran berita palsu serta budaya buli siber yang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan individu dan masyarakat.

Lebih 1,000 pelajar mendapat pendedahan secara langsung mengenai keselamatan siber, etika penggunaan media sosial dan bahaya buli siber menerusi

Sementara itu, Guru Kanan Bahasa Lian Huay Shi berkata program itu amat relevan dengan cabaran era digital masa kini kerana berupaya meningkatkan kesedaran pelajar tentang keselematan siber serta membentuk nilai etika dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi.

-RI

Tinggalkan komen anda