Skip to main content
Berita TempatanSarawak

30 Peserta Sertai Bengkel Kesempurnaan Solat Komuniti Sri Aman

By 5 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 30 peserta tempatan menyertai Bengkel Kesempurnaan Solat anjuran Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman di Surau Kebahagiaan Kampung Hilir di sini hari ini bagi memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap pelaksanaan ibadah mengikut tuntutan syarak.

Bengkel yang berlangsung dari  7.30 pagi hingga 4 petang itu dikendalikan oleh Imam Bahagian Sri Aman Abang Azman Abang Muhammad menerusi pengisian berbentuk teori dan amali berkaitan rukun serta pergerakan dalam solat.

Menurut Abang Azman, program dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Kebahagiaan Kampung Hilir itu merupakan usaha berterusan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dalam memperkukuh asas pembentukan sahsiah seorang Muslim.

“Kesempurnaan solat bukan sahaja diukur melalui pergerakan dan bacaan yang betul, malah turut menuntut keikhlasan, kekhusyukan serta penghayatan yang mendalam,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau turut menggalakkan masyarakat setempat agar terus memanfaatkan program keilmuan seumpama itu bagi meningkatkan kefahaman agama untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penganjuran bengkel tersebut berjaya memperkasa pendidikan Islam di peringkat komuniti hasil kerjasama erat agensi agama dan jawatankuasa pengurusan surau berkenaan dalam melahirkan masyarakat yang menghayati tuntutan ibadah dengan sempurna.

-RJ-

Tinggalkan komen anda