Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Pertandingan Slingshot Terbuka 2026 Himpunkan 105 Peserta Seluruh Sarawak

By 23 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamed Fazri Yusri (Miri)

MIRI, 29 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 105 peserta dari seluruh Sarawak menyertai Pertandingan Slingshot Terbuka 2026, di sini semalam bagi mengasah kemahiran sekali gus mempromosikan sukan berkenaan sebagai aktiviti rekreasi sihat.

Program anjuran bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Haji Wahed dan Seahorse Slingshot Club (SHSC) itu disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad.

“Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk bersaing secara sihat, malah membuka peluang untuk berkongsi pengalaman serta memperkukuhkan semangat kesukanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Timbalan Pengerusi SHSC Wan Hashim Wan Ibrahim menjelaskan pertandingan bertemakan ‘Satu Target, Satu Visi’ itu mempertandingkan tiga kategori utama iaitu Single Target (Collecting Point), Single Target 90 sentimeter dan 5 Beradik (Shotdown).

Mazadi Zainal, 39, dari Bintulu muncul sebagai johan keseluruhan dengan membawa pulang wang tunai RM500 berserta piala, disusuli Hafiren Borhan, 31, dari Bekenu di tempat kedua dan Hasnor Taha, 44, dari Bintulu di tempat ketiga.

Penganjuran pertandingan tersebut berjaya mencapai matlamat sebagai medium menyatukan komuniti, menggalakkan gaya hidup aktif serta memperkenalkan sukan slingshot sebagai aktiviti rekreasi yang semakin berkembang di Sarawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda