
Laporan/foto: Nur Arinnica Arif/Zuriatina Tamat (Kluang)
KLUANG, 11 Jun (MalaysiaAktif) – Program Akademi Asas Penerangan bersama Komuniti MADANI Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang di di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Bukit Tongkat, di sini semalam membantu mempertingkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat.
Ketua Komuniti MADANI Bandar Renggam Sukri Zakaria berkata penganjuran program itu amat bermanfaat dalam meningkatkan kemahiran komunikasi masyarakat serta memperkukuh tahap literasi digital komuniti setempat.
“Program ini bertujuan menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu semasa secara lebih jelas, tepat dan berkesan kepada masyarakat.
“Saya juga berharap lebih ramai masyarakat akan melibatkan diri dalam program-program seperti ini pada masa akan datang,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Program seumpama ini mampu menyampaikan maklumat berkaitan isu-isu semasa secara lebih jelas, tepat dan berkesan kepada masyarakat.
Sementara itu, beliau berkata kewujudan NADI khususnya di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) perlu diketengahkan dengan lebih meluas agar kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.
“Banyak NADI di negeri ini terletak di kawasan FELDA dan fungsinya perlu diperkenalkan dengan lebih meluas supaya manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.
Katanya, masih ramai penduduk FELDA terutama dalam kalangan warga emas yang belum mengetahui fungsi dan peranan utama NADI sebagai pusat pembangunan komuniti digital.
-RI




