Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Fasiliti Baharu Perkasa Warga Serkam

By 9 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Facebook Ab Rauf Yusoh

JASIN, 30 Jun (MalaysiaAktif) – Warga Serkam kini menarik nafas lega apabila bakal menikmati kemudahan kesihatan dan kebajikan yang lebih baik menerusi penambahan dua fasiliti komuniti baharu.

Fasiliti yang terdiri daripada Pusat Rehabilitasi dan Gimnasium Komuniti Madani serta Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Nur Ehsan itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Serkam 2026, di sini kelmarin.

“Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan yang inklusif agar manfaatnya benar-benar dirasai oleh seluruh rakyat Melaka.

“Warga Serkam kini dapat menikmati kemudahan baharu ini yang pastinya bakal memberi impak besar kepada aspek kesihatan, kebajikan, dan kesejahteraan komuniti setempat,” katanya sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak dan jentera yang bertungkus-lumus menjayakan usaha berkenaan.

Menurut beliau, pembangunan yang dilaksanakan bukan sekadar tertumpu kepada pembinaan infrastruktur semata-mata, malah turut memberi penekanan kepada penyediaan kemudahan yang dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan kualiti hidup.

-RI

Tinggalkan komen anda