Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gaya Hidup Sihat Jadi Pilihan, Komuniti MADANI Meriahkan Fun Run

By 21 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Norhafizah Abd Rahim (Terengganu)

MARANG, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Program Fun Run Komuniti MADANI Cerang Guling berjaya menarik penyertaan ratusan penduduk setempat dalam suasana meriah dan penuh semangat kebersamaan, sekali gus mempromosikan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Bertemakan Lari Bersama, Sihat Bersama, Ukhuwah Terjalin, program tersebut dianjurkan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal.

Ketua Komuniti MADANI Cerang Guling, Rosdi Abdullah, berkata program itu bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk untuk beriadah, malah menjadi platform terbaik mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh perpaduan komuniti.

Menurutnya, penyertaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia membuktikan aktiviti riadah ini mampu menyatukan penduduk serta memupuk semangat kerjasama dalam komuniti.

“Selain memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, ia turut mengukuhkan hubungan sesama penduduk serta perpaduan dalam komuniti,” katanya ketika di temuramah di perkarangan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Cerang Guling, semalam.

Salah seorang peserta, Fatin Nadiah Alias, 36, menyifatkan program tersebut sebagai aktiviti yang bermanfaat kerana dapat menggalakkan masyarakat keluar beriadah bersama keluarga sambil mengamalkan gaya hidup sihat.

Penganjuran program ini berjaya mencapai matlamat dalam memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti, sebelum melabuhkan tirai dengan sesi cabutan bertuah yang meriah.

-AA-

Tinggalkan komen anda