Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Keselamatan Negara Bukan Hanya Tanggungjawab Pasukan Keselamatan

By 20 Jun 2026Jun 22nd, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ismael Idris

AYER KEROH, 20 Jun (MalaysiaAktif) – Keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab agensi kerajaan dan pasukan keselamatan, sebaliknya memerlukan penglibatan aktif seluruh rakyat dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara terus terpelihara.

Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka, Norazle Sulaiman berkata masyarakat memainkan peranan penting dalam memelihara keselamatan negara melalui pelbagai tindakan dan amalan yang mencerminkan rasa tanggungjawab terhadap negara.

Menurut beliau peserta Pertandingan Video Kreatif sempena Bulan Keselamatan Negara 2026 Peringkat Negeri Melaka telah menampilkan pelbagai idea kreatif dan inovatif dalam menyampaikan mesej keselamatan negara.

Katanya, antara aspek yang diketengahkan termasuk keselamatan siber, kesepaduan nasional, kestabilan politik, keselamatan rakyat serta ancaman keselamatan semasa yang memerlukan kerjasama semua pihak.

“Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat kreatif dalam penghasilan kandungan digital, malah menjadi medium pendidikan awam yang berkesan dalam meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Dasar Keselamatan Negara dan peranan setiap individu dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara terus terpelihara,” katanya di sini.

Johan pertandingan berkenaan, Muhammad Zarul Afify, 28, berkata idea penghasilan videonya tercetus daripada kesedaran bahawa keselamatan negara bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, malah memerlukan penglibatan aktif seluruh masyarakat.

“Saya percaya setiap rakyat mempunyai peranan dalam menjaga keselamatan negara.

“Mungkin ada yang beranggapan keselamatan negara hanya melibatkan pasukan keselamatan, tetapi sebenarnya tindakan harian kita seperti menjaga keharmonian masyarakat, menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dan peka terhadap ancaman semasa turut memberi kesan kepada keselamatan negara,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda