Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

JPKKP Perlu Berperanan sebagai Penghubung Masyarakat dan Kerajaan

By 25 seconds yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Muzahar Hitam

KEMAMAN, 8 Jun (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penggal 2026/2027 di Parlimen Kemaman perlu terus memainkan peranan sebagai penghubung antara masyarakat setempat dan agensi kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi, kata Ahli Dewan Negara Mohd Hasbie Muda.

Mohd Hasbie hadir di Majlis Penyampaian Watikah JPKKP Parlimen Kemaman.

Menurut beliau JPKKP juga berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi dengan menyampaikan aduan penduduk, memantau isu setempat serta membantu pelaksanaan dasar pembangunan luar bandar di kawasan masing-masing.

“Mereka perlu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, dalam menjalankan fungsi masing-masing” katanya semasa merasmikan Majlis Penyampaian Watikah JPKKP Peringkat Parlimen Kemaman di Kelab Golf dan Rekreasi PETRONAS (KGRP), di sini kelmarin.

Seramai 14 JPKKP bagi Parlimen Kemaman menerima watikah pelantikan baharu bagi tempoh 1 Januari 2026 hingga 31 Disember 2027.

-RI

Tinggalkan komen anda