Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lima Pasukan Bomba Komuniti Baharu Perkukuh Kesiapsiagaan Komuniti Limbang

By 23 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman (Limbang)

LIMBANG, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Lima Pasukan Bomba Komuniti membabitkan 100 ahli daripada enam kampung berjaya ditubuhkan di kawasan Parlimen Limbang sepanjang tahun ini bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata penubuhan pasukan tersebut merupakan langkah proaktif dalam memperkasa peranan masyarakat sebagai barisan hadapan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran.

“Peranan Pasukan Bomba Komuniti amat penting di peringkat akar umbi dalam menyampaikan maklumat keselamatan kebakaran,” katanya ketika merasmikan penutupan program bomba komuniti dan kempen keselamatan kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Dewan Kampung Pahlawan semalam.

Menurut Hasbi, keselamatan di rumah tidak boleh dipandang ringan kerana kebanyakan insiden berpunca daripada kecuaian manusia, kerosakan pendawaian elektrik dan kegagalan mengambil langkah pencegahan awal.

Program tersebut turut diisi dengan ceramah, demonstrasi penggunaan alat pemadam api, kaedah menyelamat, asas pertolongan cemas, aktiviti kelab kanak-kanak dan penyerahan alat pemadam api kepada kampung terlibat.

Selain itu, Program Sedia Urus Isi Rumah (SURI), aktiviti Kelab Bomba Cilik (KBOC) dan Program Fire Point turut dilaksanakan, termasuk penyerahan alat pemadam api kepada enam kampung yang terlibat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda