Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kesedaran Perundangan Islam Perlu Dipupuk Sejak Awal Pendidikan

By 13 Jun 2026Jun 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahiran Jamiludin (Muallim)/Kolej Vokasional Slim River 

SLIM RIVER, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Kesedaran terhadap perundangan Islam dan penguatkuasaan jenayah syariah perlu dipupuk sejak peringkat awal pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang berintegriti serta patuh kepada syariat.

Atas dasar itu, Kolej Vokasional (KV) Slim River telah menganjurkan Ceramah Penguatkuasaan Jenayah Syariah bertempat di Surau kolej berkenaan, di sini semalam.

Timbalan Pengarah Akademik KV Slim River Abdul Baser Tajuri, menyifatkan program keagamaan seperti ini amat kritikal dalam mendepani cabaran zaman moden.

Hampir 700 Pelajar KV Slim River menyertai program tersebut.

“Inisiatif ini diharapkan mampu menjadi benteng pencegahan awal, sekali gus memperkukuh nilai sahsiah dan rohani para pelajar sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan kelak,” katanya ketika mengulas mengenai penganjuran program tersebut.

Program yang menyasarkan warga institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkenaan menampilkan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Muallim Ustaz Muhammad Nurfadzli Anuar sebagai penceramah jemputan.

Sesi ini memberi fokus kepada pendedahan garis panduan undang-undang syariah, kesalahan-kesalahan di bawah enakmen jenayah syariah negeri serta peranan komuniti dalam membendung gejala sosial terutamanya melibatkan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

-RI

Tinggalkan komen anda