Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Polis Mukah Mohon Bantuan Orang Awam Kesan Dua Remaja Hilang

By 22 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Mukah)/IPD Mukah

MUKAH, 9 Jun (MalaysiaAktif) – Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan dua remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai meninggalkan kediaman masing-masing di kawasan Mukah.

Easter Agnes David, 14, kali terakhir dilihat memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna oren, seluar panjang putih dan selipar hitam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata remaja pertama dikenali sebagai Easter Agnes David, berbangsa Iban dan beralamat di Rumah Jali, Batu 15, Jalan Selangau-Mukah, mempunyai tubuh badan kurus, berwajah bulat, berkulit cerah, berambut lurus dan berketinggian kira-kira 160 sentimeter (cm).

“Ketika kali terakhir dilihat, dia dilaporkan memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna oren, seluar panjang putih dan selipar hitam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, remaja kedua, Frocilea Rajok Jessica dan berbangsa Iban, berasal dari Rumah Nelson Chuat Begeri, Kilometer 59, Jalan Mukah-Selangau, mempunyai susuk tubuh kurus, berwajah bujur, berkulit sawo matang, berambut lurus dan berketinggian kira-kira 165cm.

Frocilea Rajok Jessica, 14, kali terakhir dilihat memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna hijau dan putih, seluar panjang hitam serta selipar putih.

“Remaja tersebut kali terakhir dilihat memakai baju lengan pendek berkolar bulat berwarna hijau dan putih, seluar panjang hitam serta selipar putih,” katanya.

Menurut Muhamad Rizal, kedua-dua remaja itu merupakan rakan sekolah dan kali terakhir dilihat berada di Bandar Mukah pada 7 Jun lalu kira-kira 1.30 tengah hari.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Easter Agnes atau Frocilea diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Insp Alexander Constantine di talian 013-5073256 atau IPD Mukah di talian 084-871222 dan maklumat juga boleh disalurkan melalui mana-mana balai polis berhampiran.

-FN

Tinggalkan komen anda