Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Projek Fertigasi Sayur-Sayuran Bukit Betong Bantu Komuniti Tambah Pendapatan

By 3 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Emran Ismail/Firdaus Hasaan (Lipis)

LIPIS, 27 Jun (MalaysiaAktif) – Projek penanaman fertigasi sayur-sayuran yang dilaksanakan di Kampung Bukit Betong kini memberi peluang kepada penduduk setempat menjana pendapatan tambahan melalui amalan pertanian moden dan mampan.

Projek tersebut berjaya direalisasikan hasil Geran SejaTi MADANI berjumlah RM100,000 yang diterima bagi memperkasakan ekonomi komuniti setempat melalui sektor pertanian berteknologi dan berimpak tinggi.

Ketua peserta projek, Tengku Ibrahim Tengku Mahmud, berkata bantuan yang diterima membolehkan peserta mengusahakan tanaman secara lebih tersusun dan produktif, sekali gus membuka peluang kepada penduduk kampung meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi keluarga.

“Projek ini bukan sahaja membantu menambah pendapatan peserta, malah menjadi platform kepada komuniti untuk mempelajari teknik pertanian moden yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Antara tanaman yang sedang diusahakan ialah sebanyak 1,500 beg tanaman sayur peria dan 300 beg tanaman cili yang dijangka mampu memberikan pulangan hasil yang memberangsangkan kepada peserta projek,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif semalam.

Pelaksanaan projek ini selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan negara di samping meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui aktiviti ekonomi berasaskan komuniti.

-AA-

Tinggalkan komen anda