
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Mohammad Ezwandi (Perak)
IPOH, 18 Jul (MalaysiaAktif) – Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 yang akan berlansung di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), esok menyasarkan kehadiran sehingga 3,000 orang peserta.
Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Perak Azrul Hasan berkata program tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Perak telah menjadi lokasi ke-14 sejak penganjuran sambutan berkenaan yang bermula pada tahun 2013.
“Saya ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk mengikuti siaran langsung MPBKKJG 2026 menerusi saluran televisyen rasmi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) serta
platform media sosial rasmi Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual di konti Perak FM, di sini pagi tadi.
-FN




