Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pasar Sejahtera Rakyat: 30 Peratus Potongan Harga Pikat Pengguna

By 9 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 18 Jul (MalaysiaAktif) – Pasar Sejahtera Rakyat yang menawarkan sehingga 30 peratus potongan harga bagi pelbagai barangan keperluan asas mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak Mohd Sallehudin Md Isa berkata inisiatif itu merupakan antara komitmen kerajaan negeri dalam memastikan rakyat terus menikmati akses kepada bekalan makanan dan keperluan harian berkualiti pada harga mampu milik.

“Sambutan yang diterima daripada penduduk setempat amat menggalakkan sekali gus membuktikan keperluan terhadap program seumpama itu.

Antara barangan keperluan yang ditawarkan dengan harga berpatutan.

“Program seperti ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban perbelanjaan isi rumah, malah mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Pasar Sejahtera Rakyat Perak di Dataran Arena, di sini kelmarin.

Jelasnya, pelaksanaan Pasar Sejahtera Rakyat Perak turut memberi manfaat kepada pemegang Kad Perak Sejahtera serta penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

Perkara itu katanya sekali gus memperluaskan akses kepada bantuan yang disediakan kerajaan.

Program dianjurkan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak.

-FN

Tinggalkan komen anda