Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Institusi Kewangan Pembangunan Perlu Mainkan Peranan dalam Usaha Pemulihan Ekonomi Negara

By 7 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar institusi kewangan pembangunan (DFI) memberi sokongan penuh kepada negara di dalam tempoh pemulihan ini, terutama sekali kerana objektif DFI adalah untuk membantu membangunkan sosioekonomi rakyat.

Beliau berkata dalam merangka strategi pemulihan ekonomi negara, Kementerian Kewangan (MoF) berpandangan bahawa DFI memainkan peranan yang strategik dan penting dalam usaha negara untuk memulih dan memelihara kapasiti perniagaan yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan menyokong kehidupan rakyat Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, Tengku Zafrul berkata ini adalah sejajar dengan semangat #KeluargaMalaysia.

“Sokongan segera – contohnya dari segi pembiayaan – perlu diberi bagi menghindari impak ekonomi jangka panjang terutamanya bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor-sektor strategik termasuk sektor pelancongan, peruncitan, pertanian, infrastruktur, maritim, eksport serta industri berteknologi tinggi dan bermodal intensif.

“Oleh itu, DFI disarankan untuk merangka penyelesaian yang praktikal seperti penggunaan kriteria pembiayaan yang kurang membebankan untuk membolehkan perniagaan kembali pulih dan beroperasi secepat mungkin,” katanya.

Cadangan penyelesaian ini juga akan dipertimbangkan di dalam merangka Bajet 2022, jelas beliau.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda