Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Penduduk Orang Asli Terima Kotak Rezeki Ummat dan Bakul Makanan

By 12 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Tengku Syarinah Tengku Mustapa (Sepang)/Hazlina Tajuddin (Petaling)

SEPANG, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir, Dengkil menerima 30 buah Kotak Rezeki Ummat sumbangan MyFundAction dan 20 buah bakul makanan sumbangan Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Sepang.

Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Dahlia Permid, berkata program anjuran bersama JaPen dan JAKOA tersebut dilihat sangat baik dalam menyantuni penduduk orang asli dengan pemberian sumbagan bakul makanan.

Sumbangan bungkusan Ready To Eat (RTE) dari MyFundAction.

Sumbangan bungkusan makanan sedia makan daripada MyFundAction.

“Ramai yang terkesan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 ini dan pihak JAKOA amat berbesar hati menerima kunjungan dari MyFundAction yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta turut membantu menjayakan program ini.

“Peralihan fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini memberi ruang kepada penduduk disini untuk kembali menjalani kehidupan norma baharu dengan lebih baik dan mula bekerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui sempena program di kampung tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir, Ungau Pah, berkata bantuan seumpama ini amat dinanti-nantikan penduduk kampung khususnya barangan keperluan asas harian.

Sumbangan mesin rumput juga turut diberikan kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Bt 28 Jenderam Hilir.

Sumbangan mesin rumput juga turut diberikan kepada Tok Batin Kampung Orang Asli Bt 28 Jenderam Hilir.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada JaPen dan NGO yang menghulurkan sumbangan pada hari ini yang dapat dimanfaatkan oleh penduduk yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Ali Suhaili.

-RI

Tinggalkan komen anda