
Laporan/foto: Muhammad Izzat Abd Rahman (WPKL)
KUALA LUMPUR, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Perasaan cinta akan negara perlu terus disemai dalam jiwa bagi menyuntik semangat perpaduan terutamanya dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Subzon 2 Wangsa Maju Mad Zain Salleh, berkata ia dapat diekspresikan menerusi inisiatif masyarakat untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang.
“Penduduk di kawasan setempat khususnya di Parlimen Wangsa Maju diseru untuk turut mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang bagi menghayati dan menyemarakkan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun oleh masyarakat berbilang kaum.

Antara penerima sumbangan bakul makanan pada Program Merdeka@Komuniti di Dewan Taman Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
βIa perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat bagi memastikan keamanan dan perpaduan di negara ini terjamin,β katanya ketika ditemui pada Program Merdeka@Komuniti di Dewan Taman Melati, di sini hari ini.
Menurut Mad Zain, program tersebut merupakan kerjasama MPP Sub Zon Wangsa Maju bersama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP).
“Program yang diadakan sempena menyemarakkan sambutan Hari Malaysia itu disempurnakan Pengarah JaPen WPKLP, Lim Ann Teck.

Lim Ann Teck menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil penduduk sebagai simbolik menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.
“Turut diadakan upacara penyerahan sumbangan bakul makanan kepada penduduk Parlimen Wangsa Maju yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penduduk dan Kebajikan Taman Melati Kawasan 12A & 12B Wangsa Maju Mohd Tohel Mat Jusoh.
-ZS-