Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

BKSS 6.0 Ringan Beban Golongan Bujang B40

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Golongan individu bujang B40 yang berumur 21 tahun ke atas boleh menikmati RM500 secara sekali beri bermula bulan Ogos setelah Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Sayangku Sarawak 6.0 (BKSS 6.0) pada 28 Mei lalu.

Pekerja swasta Jacob Freeman, 29, berterima kasih kerana keluh kesah rakyat lebih-lebih lagi golongan bujang B40 Sarawak dalam menempuh saat-saat gentir ini telah menarik perhatian kerajaan negeri dengan pemberian BKSS 6.0 yang merupakan bantuan untuk meringankan beban individu ini.

Jacob Freeman bekerja di sebuah Agensi Swasta di bandaraya Kuching.

“Syukur dan saya sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri Sarawak di atas keprihatinan kepada golongan bujang B40 dengan pemberian bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban saya menempuhi tempoh pandemik ini,” katanya ketika ditemui di Bandar Kuching, di sini baru-baru ini.

Senada dengan Jacob, Christianson Anyi, 21, bersyukur kerana golongan muda turut disantuni dalam program bantuan ini.

“Dengan wang bantuan ini boleh saya boleh menarik sedikit nafas lega dan ini membuktikan kerajaan prihatin terhadap kekurangan pendapatan yang diterima oleh golongan muda yang masih bujang,” katanya.

Dalam pada itu, Steven Sigal, 24, yang merupakan juruteknik elektrik di sebuah syarikat elektronik di sini berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mengambil berat akan keperluan serta kebajikan golongan bujang B40 kerana ramai dalam golongan ini yang memerlukan bantuan sebegini untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi semasa musim pandemik ini.

Steven Sigal bekerja sebagai juruteknik Elektrik di Syarikat Elektronik Luar Pantai Sarawak.

Steven Sigal bekerja sebagai juruteknik Elektrik di Syarikat Elektronik Luar Pantai Sarawak.

“Saya berharap agar bantuan seperti ini dapat diteruskan lagi kerana impak COVID-19 ini sangat besar kepada ekonomi para pekerja swasta terutama yang bergaji hari, tidak kurang pula yang berhadapan dengan masalah kehilangan pekerjaan kerana premis-premis tutup kerana tidak dapat menampung kerugian,” ujarnya.

Pakej BKSS 6.0 Golongan Bujang B40 adalah salah satu inisiatif dalam meringankan beban rakyat yang diumumkan ia merupakan di antara lima pakej bantuan khas melibatkan peruntukkan sebanyak RM 1.4 billion.

-ZS-

Tinggalkan komen anda