Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Semarakkan Bulan Kemerdekaan Dengan Lukisan Mural

By 16 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Batang Padang)

TAPAH, 16 Sep (Malaysiaaktif) -Bersempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-64 tahun, pelbagai cara ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bagi menzahirkan semangat cinta kepada negara Malaysia.

Membawa tema “Keharmonian Rakyat Berbilang Bangsa di Malaysia”, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka Jabatan Penerangan Malaysia telah mengambil inisiatif menyemarakkan kemeriahan Bulan Kebangsaan melalui lukisan mural.

Lukisan mural yang memaparkan bangsa Malaysia yang majmuk melalui kepelbagaian budaya telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Datuk Samsuddin Abu Hassan.

Shamsuddin menyiapkan mural kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Samsuddin menyiapkan mural kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Samsuddin menekankan betapa pentingnya perpaduan antara rakyat Malaysia tanpa melihat latar belakang bangsa dan keturunan.

“Dalam mendepani cabaran semasa, terutama ketika Malaysia masih belum pulih dari pandemik wabak COVID-19, seluruh rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk membantu kerajaan memacu negara ke arah lebih maju dan pihak kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif dan insentif selaras dengan tema Bulan Kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin,” katanya yang ditemui di Arena Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, di sini semalam.

Turut memeriahkan majlis lukisan mural sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-64 adalah para pelatih (golongan istimewa) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Daerah Batang Padang.

Para pelatih PPDK Daerah Batang Padang menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Para pelatih PPDK Daerah Batang Padang menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian.

~RJ~

Tinggalkan komen anda