Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Sambutan Hari Malaysia di PPV Bukit Payong Meriah

By 17 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Afnan Hakimi(Marang)/Suhaimi Ahmad (Terengganu)

MARANG, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Marang menganjurkan Sepakat@Komuniti : Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukit Payong, di sini baru-baru ini.

Pada program itu, Pegawai Kesihatan Daerah Marang Dr Tan Sin Yew dan Pegawai Penerangan Daerah Marang Adawiyah Othman, mengagihkan Jalur Gemilang dan cenderahati kepada semua penerima vaksin, sukarelawan dan petugas di PPV tersebut.

Dr Tan Sin Yew dan Puan Adawiyah Othman mengedarkan Jalur Gemilang serta cenderahati kepada penerima vaksin.

Dr Tan Sin Yew dan Puan Adawiyah Othman mengedarkan Jalur Gemilang serta cenderahati kepada penerima vaksin.

Menurut Dr Tan Sin Yew, penganjuran program seperti ini boleh menaikkan azam dan tekad khususnya kepada warga Marang bagi terus berjuang memerdekakan diri, keluarga dan masyarakat daripada ancaman wabak COVID-19.

“Harapan saya agar Sambutan Hari Malaysia di PPV Bukit Payong ini boleh menjadi salah satu wadah penyatuan rakyat dalam mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam jiwa rakyat Malaysia,” katanya.

Dr Tan Sin Yew mengedarkan Jalur Gemilang kepada petugas-petugas PPV, Bukit Payong.

Dr Tan Sin Yew mengedarkan Jalur Gemilang kepada petugas-petugas PPV, Bukit Payong.

Sempena program itu, turut diadakan taklimat mengenai pemberian vaksin yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Zuraimi Razali.

Program diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan selain memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2021.

Turut hadir ke program adalah Penyelaras PPV Bukit Payong Dr. Azimah Nafsun.

-ii-

Tinggalkan komen anda