Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

[KEMAS KINI] Sumbangan Bakul Makanan Ringankan Beban Penduduk

By 19 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali (WPKL)

KUALA LUMPUR, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang penduduk di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) Sg. Bonus, di sini menerima sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan sepanjang pandemik melanda.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Jalinan Kasih Setiawangsa Muhamad Asbullah Maulana, berkata penyaluran sumbangan bantuan makanan ini secara tidak langsung meringankan beban penduduk yang terkesan.

“Persatuan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) menganjurkan program bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Penduduk setempat yang hadir di Program Sepakat@Komuniti menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Antara penduduk setempat yang hadir.

“Sumbangan bakul makanan yang disampaikan kepada golongan terkesan akibat COVID-19 dalam program ini sangatlah diperlukan dalam keadaan sekarang memandangkan ramai dalam kalangan penduduk setempat menghadapi kesulitan hidup.

“Ada antaranya yang hilang punca pendapatan akibat hilang pekerjaan dan ada yang tidak berupaya untuk bekerja,” ujarnya ketika menyampaikan sumbangan pada Program Sepakat@Komuniti di dewan PPR tersebut, di sini hari ini.

Muhamad Asbullah menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Kebajikan Jalinan Kasih Setiawangsa kepada Maria.

Muhamad Asbullah (kiri) menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Kebajikan Jalinan Kasih Setiawangsa kepada Maria (dua dari kanan).

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JaPen WPKLP Maria Che Mat Nawi@Muhammad Nawi.

Turut hadir Pegawai Penerangan Setiawangsa/Titiwangsa/Wangsa Maju, Norizah Jadid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda