Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Positif COVID-19 Terus Menurun kepada 14,990 Kes

By 23 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus menurun kepada 14,990 kes semalam berbanding 15,759 kes, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter memaklumkan dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini sebanyak 2,142,924 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi semalam dengan 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712) dan Kelantan (1,573).

Turut mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Perak (1,490), Pulau Pinang (1,224), Sabah (1,199) dan Kedah (1,007).

Lima negeri lagi merekodkan kes COVID-19 tiga angka iaitu Terengganu (852), Pahang (688), Kuala Lumpur (338), Melaka (313) dan Negeri Sembilan (170), manakala Perlis dan Putrajaya masing-masing mencatatkan 97 dan 30 kes, serta Labuan (tiga kes).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda