Skip to main content
Berita TengahMAPerak

Peninggalan Sejarah Pertempuran Slim River Wajar Dipelihara

By 30 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Tamarriman Zaharuddin (Muallim)

SLIM RIVER, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Pertempuran Slim  yang berlaku hampir 80 tahun lalu wajar dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Dr. Tajul Shuhaizam Said, berkata pertempuran singkat antara tentera Britisih dan tentera Jepun yang berlaku di Ulu Slim pada 7 Januari 1942 meninggalkan kesan trauma kepada penduduk setempat ketika kejadian berlaku.

Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Tajul Shuhaizam Said.

Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Tajul Shuhaizam Said.

“Sungguhpun peristiwa ini tidak melibatkan tentera Tanah Melayu namun kesannya dirasai dan sejarah pertempuran ini perlu dihayati oleh semua khususnya penduduk daerah Muallim dalam menyemarakkan semangat patriotisme terhadap negara dan menghargai nikmat keamanan.

“Inisiatif meletakkan papan tanda maklumat di lokasi pertempuran ini merupakan usaha untuk menonjolkan kawasan bersejarah itu kepada pengunjung bahkan kita turut membina sebuah arca yang dinamakan ‘Semangat Merdeka’ cetusan ilham daripada peristiwa Perang Dunia Kedua itu dan ini selaras dengan hasrat UPSI merealisasikan pembelajaran menerusi konsep muzium terbuka,” katanya ketika ditemu bual menerusi aplikasi Google Meet dari pejabatnya di UPSI, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, usaha memelihara tapak bersejarah ini secara tidak langsung akan menjadi sumber ekonomi baharu kepada penduduk setempat memandangkan terdapat banyak lagi tarikan di Ulu Slim seperti kolam air panas, Risda Eco Park dan rakit redah jeram.

“Aktiviti edu-pelancongan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati keindahan alam di kawasan tarikan tersebut malah berkesempatan mengunjungi tapak bersejarah ini bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan seterusnya menjana ekonomi setempat menerusi impak aktiviti pelancongan.

Nostalgik- Di sinilah lokasi Pertempuran Slim River yang berlaku hampir 80 tahun lalu.

Nostalgik- Di sinilah lokasi Pertempuran Slim River yang berlaku hampir 80 tahun lalu.

“Kerjasama daripada semua pihak terutama komuniti amat digalakkan dalam sama-sama memelihara dan menjaga tapak warisan ini memandangkan lokasinya yang terletak di kawasan terbuka dan terdedah kepada laluan orang ramai menjadikannya berisiko mengalami kerosakan,” jelasnya lagi.

~RJ~

Tinggalkan komen anda