Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Zahara Garden Tawar Pengalaman Riadah, Mini Zoo & Lokasi Gambar Bertemakan Antarabangsa

By 3 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ikhwan Fahim/Amirul Miza (Kampar)

GOPENG, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Zahara Garden tampil sebagai destinasi riadah keluarga baharu yang menggabungkan konsep mini zoo, taman rekreasi dan lokasi fotografi bertema dalam satu kawasan di negeri Perak.

Menurut Pengurus Zahara Garden, M. Thanabalan, taman tersebut menyediakan lebih 50 lokasi Ruang Gambar OOTD (Pakaian Hari Ini) yang direka khas bagi membolehkan pengunjung merakam gambar dengan pelbagai konsep kreatif dan estetik.

“Taman ini menawarkan pengalaman santai berasaskan alam semula jadi, interaksi bersama haiwan serta latar bergambar yang diinspirasikan daripada destinasi antarabangsa seperti Santorini dan Tokyo Street,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Antara tarikan yang disediakan ialah Ladang Alpaka, Mini Zoo, Taman Dinosaur, Taman Orkid, aktiviti memberi makan haiwan, menunggang kuda, Mini Golf, Tali Gelongsor Udara serta pelbagai kemudahan rekreasi dan hiburan untuk seisi keluarga.

Selain itu, harga tiket masuk yang ditawarkan ialah RM25 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak dan RM15 bagi warga emas, sekali gus menjadikannya antara destinasi riadah mesra keluarga dan mampu milik untuk kunjungan hujung minggu.

Secara keseluruhan, taman ini memberi penekanan kepada pengalaman santai, aktiviti fotografi dan interaksi ringan bersama haiwan berbanding taman tema berskala besar, menjadikannya sesuai untuk pengunjung yang mencari aktiviti kasual bersama keluarga.

-AA-

Tinggalkan komen anda