
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SELAYANG, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Dua penumpang sebuah kereta cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Ulu Yam dari arah Selayang, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, kejadian 8.06 pagi ketika pemandu kereta jenis sedan cuba memotong kenderaan sejenis namun gagal apabila sebuah lori datang dari arah bertentangan.
“Pemandu cuba masuk semula ke lorong kiri sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan pemandu lain.
“Kenderaan yang cuba dipotong telah hilang kawalan sebelum melanggar lori dan dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, mangsa yang parah mengalami kecederaan di bahagian leher manakala seorang lagi patah kaki dan tangan.
“Tiga lagi penumpang kereta hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Selayang.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika bersalah hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan,” jelasnya.
Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 43 saat memaparkan kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Ulu Yam.
-RI