Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanViral

Hujan Lebat, Banjir Kilat Di Kawasan Sungai Kelong

By 28 Januari 2016Januari 31st, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)/Azhar HJ Ismail (Kota Bharu)

PASIR PUTEH, 28 Jan (Malaysiaaktif) — Banjir kilat berlaku di jalan utama kawasan Sungai Kelong hingga merencatkan aliran trafik antara Pasir Puteh dan Kota Bharu kelmarin.

Angin kencang bersama hujan lebat sepanjang hari di daerah Pasir Puteh punca berlaku banjir kilat itu kerana Sungai Kelong yang merupakan kawasan lembah dan pamah di kelilingi bukit sebahagian Banjaran Tahan.

Hujan yang bermula sejak pagi menyebabkan sungai dan sistem saliran tidak dapat menampung kapasiti lalu melimpah ke kawasan sawah dan jalan raya pada kira-kira pukul 5.30 petang dengan ketinggian air sekitar 2.5 kaki.

Pada waktu puncak kejadian hanya kenderaan berat mampu meredah air banjir, sementara pengguna kenderaan ringan menghala ke Kota Bharu dinasihatkan supaya  menggunakan laluan alternatif Bukit Gedombak-Gunung Bachok-Kota Bharu.

Menurut Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pasir Puteh, Rismauly Ishak, pihaknya bersedia sekiranya keadaan menjadi semakin serius dan memerlukan pemindahan penduduk.

Bagaimana pun, menjelang pukul 9.30 malam air semakin surut hingga mencecah bacaan selamat 0.18 meter dan membolehkan semua kenderaan menggunakan laluan berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda