Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

PM Bincang Usaha Martabat Bahasa Melayu

By 12 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan pertemuan dengan delegasi tokoh-tokoh bahasa berkaitan pemerkasaan Bahasa Kebangsaan di Bangunan Parlimen, kelmarin.

Pertemuan itu dihadiri oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dan Ketua Satu Gabungan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) Datuk Zainal Abidin Borhan.

Menurut Rais antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut ialah usaha penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi di luar negara.

“Antara yang dipersetujui untuk diperhebatkan ialah Bahasa Melayu akan terus menjadi (bahasa) diplomasi.

“Selain itu, cadangan lain yang dibincangkan ialah memberikan latihan kepada juruhebah radio dan pengacara televisyen supaya mereka petah berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda