
Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)
BAU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi pencinta alam semulajadi yang ingin menikmati suasana hening hutan dan sungai, inap desa Koloyan River Cottage adalah antara lokasi yang sangat sesuai untuk tujuan tersebut.
Terletak di Kampung Belimbing Bau, 50 minit perjalanan dari Bandaraya Kuching, lokasi ini mempunyai tiga buah rumah panjang setiap satunya mempunyai tujuh buah bilik, sebuah chalet lengkap dengan tempat memasak.
Menurut Evelyn Iya Ratu, 62 tahun, tempat ini dibangunkan pada bulan Jun 2018 bagi memenuhi keperluan pengunjung yang inginkan suasana kampung bagi tujuan terapi minda.
-ZS-