Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sultan Nazrin Lancar Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir

By 21 Mac 2022Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak/Abu Huzaifah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli untuk melancarkan Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir di Kuala Lumpur, hari ini.

Buku karya Ab. Rashid Ab. Rahman dan G. Manimaran yang mempunyai 760 halaman itu memaparkan panduan pelbagai dimensi mengenai pilihan raya.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, buku tersebut merupakan karya komprehensif mengenai perjalanan pilihan raya demokrasi di Malaysia sepanjang 60 tahun yang lalu, dan turut merangkumi pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan pengenalan dasar Undi 18.

“Pengetahuan mengenai selok-belok pilihan raya bukan hanya perlu diketahui oleh para calon, malahan harus difahami, diketahui dan dihayati oleh setiap rakyat negara ini.

“Perkara ini sangat penting demi kelangsungan sistem demokrasi yang sihat bagi pembentukan kerajaan mengikut lunas-lunas undang-undang,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran buku tersebut.

Menurut penulis buku tersebut, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman, tajuk buku dipilih oleh penulis bersama Dr G Manimalan, adalah merupakan manifestasi daripada pengetahuan dan pengalaman beliau dalam pengurusan pilihan raya.

“Kandungan buku ini amat sesuai digunakan untuk latihan, untuk mendidik dan mendedahkan masyarakat kepada pengetahuan sivik, khasnya aspek-aspek kewarganegaraan, di samping menghasilkan masyarakat celik ilmu tentang hak warganegara dan elektoral demokrasi.

“Buku ini tidak mengandungi huraian dan naratif yang berbentuk sensational atau provokatif. Kandungannya tidak langsung menyentuh atau menganalisa tentang unsur-unsur pendemokrasian sepenuhnya politik dan pilihan raya di negara ini,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda