Laporan/foto: Siti Hajar Binti Kamis (Seremban)
SEREMBAN, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Program ‘Back to School’ Ahad lalu telah disempurnakan oleh Ridzwan Sahil yang merupakan Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Bukit Temiang dan Jawantankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Bukit Temiang.
Menurut Ridzwan, seramai 25 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar kawasan Kampung Bukit Temiang dan Taman Seri Pulai 3, telah menerima sumbangan bag sekolah dan alat tulis. Selain itu, aktiviti menziarahi penduduk kampung yang kehilangan ahli keluarga juga turut dilakukan pada hari tersebut.
“Kami telah mengenalpasti 25 orang pelajar Kampung Bukit Temiang dan Taman Seri Pulai 3 yang layak menerima bantuan pada harini ini berdasarkan maklumat yang dikumpul oleh Ahli Jawatankuasa KKM Bukit Temiang. Kami juga akan menziarahi penduduk yang kehilangan ahli keluarga,” katanya dalam program yang sama semalam.
-ZS-