Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Forum Industri DNS Secara Maya Pertama Seluruh Asia Pasifik

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Fakruddin Rashid (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 29 Mac (Malaysiaaktif) – MYNIC Berhad bersama Internet Corporation for Assigned Names and Numbers (ICANN) akan menganjurkan APAC DNS Forum buat pertama kalinya di rantau Asia Pasifik (APAC) pada minggu ini. Majilis Pelancaran Forum telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, di Kuala Lumpur pagi tadi.

Forum yang diadakan secara maya berikutan pandemik ini bertemakan “Beyond Technology: The DNS Revolution,” dijangka menarik perhatian dengan penyertaan lebih 24 negara termasuk Malaysia yang akan mengambil bahagian bermula 29 Mac hingga 1 April 2022.

Dengan tujuan untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan selain mewujudkan potensi kolaborasi antara komuniti DNS di seluruh rantau Asia Pasifik forum dengan kerjasama MYNIC dan ICANN ini bukan hanya tertumpu kepada pakar industri sahaja, malah ianya turut membuka peluang kepada pengguna lain antaranya pemilik nama domain dan laman web untuk membincangkan dengan lebih mendalam berhubung pelbagai isu dalam industri DNS.

-ZS-

Tinggalkan komen anda