Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kempen Penanaman 100 Juta Pokok, CEPA Tingkat Kesedaran Litupan Hijau

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dan Community Education and Public Awareness (CEPA) merupakan satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kawasan litupan hijau bagi kesejahteraan kualiti hidup serta usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara.

Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025.

Majlis anjuran Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Dewan undangan Negeri (DUN) Bukit Besi telah berlangsung di Dewan Sivik Jerangau pagi tadi.

“Program ini dilaksanakan di kawasan Bukit Besi bagi menyahut seruan kerajaan dalam usaha menghijaukan bumi, pokok yang ditanam akan memberikan manfaat kepada semua hidupan, memberikan oksigen dan menyejukkan persekitaran juga dapat menangani kepanasan global serta penipisan ozon,” kata Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman ketika berucap merasmikan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda