Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Rumah Terbuka Aidilfitri Pamer Perpaduan Keluarga Malaysia

By 24 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Rumah Terbuka Aidilfitri menjadi bukti semangat perpaduan dan persefahaman dalam menjalinkan perhubungan baik masyarakat.

Menurut Asiah Kasdi Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Sri Kendong masyarakat kampung bersyukur dapat berkumpul dan memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat meraikan akibat pandemik COVID-19.

Seorang penduduk Ali Atan, 49, berpendapat masyarakat di Kampung Sri Kendong turut seronok meraikan rumah terbuka.

“Kami sentiasa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi dalam kalangan masyarakat Orang Asli,” katanya di sini baru-baru ini.

Rumah terbuka Aidilfitri tersebut adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Sri Kendong, Jawatankuasa Masjid Sri Kendong, Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri kendong, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sri kendong serta parti politik tempatan di Sri Kendong.

Majlis juga turut diserikan dengan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan cabutan hadiah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda