Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Permainan Gasing Terbang

By 30 Mei 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Alizan Sulong (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu dan pemenang dikira berdasarkan tempoh masa paling lama gasing mampu berputar.

Menurut Loqman Mohamad, 56, yang berasal dari Kampung Apal, Besut ketika ditemui di sini baru-baru ini berkata minatnya terhadap permainan tradisional ini bermula ketika beliau menyaksikan pertandingan gasing terbang pada tahun 1995.

“Kebiasaannya gasing terbang memiliki lilitan 24 inci dan seberat empat kilogram.

“Selain itu bahagian lilitan sisi luar gasing diperbuat daripada timah dan dilengkapi dengan kayu untuk memberikan berat ideal agar dapat berputar lebih lama dan seimbang.

“Gasing terbang mampu berpusing sehingga lebih dua jam,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda