
Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang/Hasrang Mat Zangi (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Kesihatan fizikal dan mental warga emas tetap mendapat perhatian pihak kerajaan bagi menjamin kelestarian masyarakat setempat.
Bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Belia dan Sukan telah melancarkan Program Active Aging and Wellness Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Dewan Komuniti Kuala Berang, di sini pada pagi ini.
Program yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut menyediakan pameran serta pemeriksaan kesihatan kepada hadirin.
“Program yang diadakan pada hari ini amat sesuai untuk membantu golongan warga emas berkumpul dan mengadakan aktiviti secara sihat,” kata Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Berang Ab. Malek Munir, 58.
Antara aktiviti yang diadakan untuk warga emas termasuklah senaman chair robik, congkak, karom dan lain-lain.
-ZS-