Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Futsal Komuniti Erat Perhubungan MPP Dan Rakan Strategik

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Pertandingan Futsal Komuniti Jemputan Tertutup anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 5 Labuan mengeratkan hubungan antara komuniti dan rakan-rakan strategik.

Menurut Pengerusi MPP Sub Zon 5, Fadillah Eddy Abdul Khalid, program itu berjaya memupuk persefahaman serta menyuburkan hubungan baik dengan rakan strategik melalui aktiviti sukan.

“Kita bersyukur buat julung kalinya dapat menganjurkan pertandingan ini selepas dua tahun dilanda pandemik COVID-19 dan kita perlu ambil kesempatan dengan mengadakan program-program yang memberi manfaat kepada komuniti di Labuan, semua pihak perlu bersatu demi menjadikan Labuan kembali rancak serta meriah dengan pelbagai pengisian,”jelasnya semasa ditemui media semalam.

Sebanyak enam pasukan menyertai pertandingan itu antaranya MPP, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Persatuan Penggiat Media Labuan Dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan. Pada perlawanan akhir Pasukan MPP B menewaskan SPRM dengan jaringan 3-0.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda